Ilmu perubatan Melayu tradisional dari naskhah-naskhah lama
Dublin Core
Title
Ilmu perubatan Melayu tradisional dari naskhah-naskhah lama
Description
Makalah ini membicarakan ilmu perubatan Melayu Tradisional dari sumber tertulis iaitu manuskrip-manuskrip atau naskhah-naskhah lama Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi dunia. Sumber utama ialah dari koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia yang menyimpan sekitar 40 naskhah dengan judul atau dalam kategori “Kitab Tib”.
Creator
Harun Mat Piah
Source
Harun Mat Piah. (n.d.). Ilmu perubatan Melayu tradisional dari naskhah-naskhah lama. http://journalarticle.ukm.my/9161/1/Ilmu_perubatan_Melayu_tradisional_dari_naskhah2_lama.pdf
Identifier
nabsk
Text Item Type Metadata
Text
"Sebahagian besar daripada korpus yang membicarakan ilmu perubatan tertulis dalam tulisan Jawi, melalui manuskrip-manuskrip yang dikenali atau diberi judul “Kitab Tib” yang pada dasarnya merujuk kepada perubatan, tabib, penyakit dan ubat; tetapi dalam kebanyakan teks, kitab tib juga mengandungi pelbagai ilmu, termasuk ilmu perubatan, ilmu ramalan rejang, rakasi, ta’bir mimpi dan ilmu berahi. Dan selain daripada yang tertulis dalam kitab-kitab tib, terdapat juga dalam judul atau
kategori lain, misalnya kitab mujarabat, kitab rejang, raksi (misalnya Syair Laksana Kita) atau hikayat, misalnya Hikayat Nurul Lisan Menjawab Masalah dan sebuah kitab tib yang tipikal Kitab Tajul Muluk
yang telah begitu lama dikenali dalam masyarakat Melayu."

Collection
Citation
Harun Mat Piah, “Ilmu perubatan Melayu tradisional dari naskhah-naskhah lama,” Penyembuh: Pangkalan Data Bibliografi Perubatan Melayu Tradisional, accessed May 22, 2026, https://penyembuh.nusa.my/omeka/items/show/3.