Martabat perubatan tradisional Melayu perlu dijulang dan dimasyarakatkan agar khazanah amalan perubatan warisan nenek moyang lebih difahami dan diyakini, seterusnya dimanfaatkan dengan selamat serta berkesan.
Dalam konteks ini, mandi bunga ialah aktiviti perlakuan bermusim yang dilaksanakan pada hari atau persitiwa tertentu seperti perkahwinan atau keadaan tertentu seperti sakit, selepas melahirkan atau berhajatkan sesuatu.